Sunday, 10 August 2014

Rumah Salai Malaysia, Malaysian Smoke House

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Perniagaan Rumah Salai Malaysia (RSM) bermula sejak 1990an.
Bertatih dari perusahaan kecil-kecilan di belakang rumah kampung (kampong house), 

Anak haruan mudik berenam
Lumba-lumba menyusul tebing
Sama mencecah si hati kuman
Susah senang sama membimbing

Tinggi sungguh Gunung Daik
Mercunya nampak terang berkelium
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

kini akan di kembangkan sayapnya ke pasaran yang lebih besar ekoran produk RSM mendapat permintaan yang memberangsangkan dari Brunei, Singapura dan Malaysia amnya.

Antara resipi yang terkenal keluaran Rumah Salai Malaysia adalah Original Nusantara, Oriental, Western, Eastern untuk pasaran Asia Tenggara.

 Terbang tinggi sang cenderawasih,
jatuh ke bumi tiada membentak,
makanan yang berzat dan juga bersih,
mencergaskan badan mencerdaskan otak.

Kepada peminat-peminat makanan salai, ikan salai, daging kerbau salai, daging lembu salai, kambing salai,  ayam salai, itik salai. Kebersihan dan kesucian penyediaan bahan mentah sehingga produk akhir Perniagaan Rumah Salai Malaysia, dijamin bersih, suci dan HALAL. 

Halalan Toyibban!

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.
Berkejar-kejaran ombak dilaut
Menyentuh pantai berpasirbersih
Budi tuan disebut-sebut
Kerja selesai dan terima kasih.


Sila Follow

Instagram @rumah_salai_malaysia
Facebook : Rumah Salai Malaysia
Twitter : @rumahsalaimalaysia

Sebarang pertanyaan lanjut sila emailkan kepada rumahsalai2u@gmail.com



No comments:

Post a Comment